Wednesday, 12 February 2014

RESULT DAN SEMESTER 6

Bismillahirrahmanirrahim.
Hai ladies and gentleman. Pfftt.

Hmm, tak tahu kenapa malam ni teruja sikit. Hm, sedang mereka rancak membincangkan topik hangat dekat FB, so, saya ambil keputusan untuk membincangkan dekat sini. Apa dia topik hangat tu? Opkos kita sebagai pelajar bila dah nak masuk sem baru ni dan sedang lena dengan buaian cuti samada di rumah masing-masing atau di tempat percutian atau di mana-mana hendaknya, "RESULT" tidak akan lari daripada kehidupan seorang pelajar. Sejak dari pukul 3 somtin cheq duk log in, duk refresh, sampai kul 6 nak dekat pukul 7 baru dapat. 

Alhamdulillah, thank you, ALLAH. Tidak tahu aku nak cakap apa lagi. Memang tidak disangka, pointer aku yang dulu kini kembali setelah satu sem membuatkan aku kecewa dengan diri sendiri. Dan kecewa itu tidak akan selama-lamanya bersemadi dalam diri. Bak kata orang-orang tua - " there's rainbow after the rain". Gitu dia. Terima kasih juga kepada mereka-mereka (parents, lecturer, friends, siblings and the rest), kerana banyak memberi tunjuk ajar, memberi semangat, menjatuhkan semangat untuk jadikan kita lagi kuat, dan etc. Banyak benda yang cheq dah aim untuk sem depan antaranya nikah. eh? haa. adopla. Graduate dulu. Kerja dulu, baru boleh terima lamaran orang. Itu janji cheq untuk diri cheq sendiri. 

Ok, lupa pulak. Perancangan untuk bagi "award" apa untuk diri sendiri belum ditentukan lagi. Note3? Opkos la nak. Heh. Macam gempak je result dia. Biaq la, diri cheq, sape lagi untuk sayang diri cheq ni kalau bukan diri sendiri. Oh, yang tuh nanti dulu. Ni bukan kes boleh naik "stage" lagi ni. Ni baru dapat semangat selepas dikecewakan dengan diri sendiri dari sem lepas. Ah, macam baru dimintak clash jer feeling nyer. Haha. Memalam ni memang nak feeling je la ghejernya. Sapa tak feeling, petang tadi duk sebak sebab dah nak tinggalkan famili untuk sambung sem baru. Oh yeah sem baru, macam dah tua pulak. 1 tahun je lagi kawan-kawan. Dah tak lame dah. Then, intern. Then, kerja. Summa kawen. Eh?. Kome, kome tak tahu ke entah-entah jodoh kome dengan kematian? ALLAHUAKBAR!. Psstt. *betulkan spec. 

SEMANGAT. Janganlah engkau terus pudar tanpa menyapa diriku terlebih dahulu untuk menejutkan kamu kembali. *hentak kepala dekat dinding*. Ngeh. 


Selamat datang semester baru. Semester 6. Harap kamu baik-baik sahaja untuk diri ini. 


No comments:

Post a Comment