:::note from ladybug:::

Tuesday 21 January 2014

Curhat

Lama. Sekian lama aku tak menjengah blog ini. Blog usang. Blog yang penuh dengan tanda tanya. Penuh dengan segala sangsi. Walaupun begitu, tidak akan aku membuaikan ia dengan sangsi dan tanda tanya lagi. Akan aku ubah dengan coretan hidup yang berwajah ceria. Wahai. Bermadah pujangga pulak. Letih sudah aku bermain dengan semua itu. 

Sedang menghadap aceria tersayang, seorang sahabat menghantar SMS. Dan petang tadi, baru sahaja wajah dia bermain di fikiran aku.

 SMS berbunyi:

"Si anak: Mok, orang nk kawen masa belajor.
Si ibu: Kawenla. Nak kawen dengan ustaz ke?
Si anak: Xr, dengan engineer or artist.
Si ibu hanya ketawa. Alhamdulillah si ibu dah bagi permission."

Mesej itu menjadi tanda tanya kepada aku, apakah itu?
Dan itu adalah 'permisi' dari seorang emak terhadap sahabat. Wahai sahabat, moga dipermudahkan segala urusan untuk kamu. Moga berjumpa dengan insan yang terpilih. Moga impian kau tercapai. Moga impian kau menjadi kenyataan. 

Hanya satu pesanan dia untuk aku yang aku nak bagi balik dekat dia.
"Because ALLAH love you, and HE knew that you can face this ujian. That's why HE gave to you and to make you strong. Taqarrub yourself to HIM. Mintak doa sesungguh". 

Wahai sahabat, sungguh aku tidak kuat, tetapi aku cuba. Cuba untuk tidak lari tapi hadapi ujian itu. Ya, ujian hati. 

May ALLAH bless you, dear. May ALLAH bless you. :-)