:::note from ladybug:::

Tuesday 30 April 2013

Matang

Fuhh fuh fuh... *sambil mengelap blog yang dah lame bersarang dengan anai-anai dan dipenuhi dengan sawang. Pulak dah haa. Angin hari ini memang tak berapa nak baik. Tak tahu pulak kenapa. 

Dan hari ini jam 0:47 010513. Sedar tak sedar kita dah berada awal bulan kelima tahun ini iaitu tahun 2013. Tahun 2013? Bercakap mengenai kematangan ni, ishsshhh susah. Rasa geram. Bila aku mula nak mengarang dekat sini, mula la nak hilang ideanya. Tapi bila duduk bersahaja, ada je idea masuk. Berjuta-juta idea. Rasa macam nak buat novel. Tapi apakan daya. Poyo je mok cik nih. Ini maknanya, dia tak mau bagi kita mengarut kat sini. eh?

Nak sharing banyak :

Mei 2013:
- Menunggu kelahiran yang bakal menyusul. The due is coming. Have faith! 
- #PRU13. 
- FPD
- Pesta Buku (Mahu buku Anthem.!!!) 
- Hari guru
- Hari wanita. eh?
- Hari Pekerja (hari ni la) .ahaks. *facepalm
- Kena siapkan segala esaimen yang ada. 
- Detik- detik bahagia untuk mengahadapi hari exam yang jadualnya agak menyenangkan hati. Tolonglah    ubah tarikh tu. (mau balik awal).

Aku nampak kakak on9. Tapi adakah itu dia. Tapi macam tak. Takkan hantu kot. Konfius. Habisla. haha. Ok, tenang. 

Umpama rembulan jatuh ke riba, 
mendengar khabaran darinya.
P/S: saya tak jiwang

Ok dah ngantuk. Mohla tidur. 

Another month and i'm still waiting for you. 

Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana. 

Jaga diri, jaga hati, jaga peribadi. Nak-nak bila dah nak dekat hari mengundi. 

Ok,,, Assalamualaikum. Daripada aku Khuzaimah, cinta dan cita. 

Monday 1 April 2013

Ya, untuk dia.

Ini serius. Bukan main-main. Walaupun awak nampak macam main-main. Serius, saya tak ada apa-apa perasaan terhadap awak. Don't worry about it again. Dan jangan pandang saya semacam saya ada buat silap besar. (perasan pulak dah haa). Takut saya.  Kalau ada saya buat silap, cakap. Kalau tak tahu, tanya. Kalau tak tanya, nanti tersalah sangka. Nak tegur boleh, tapi jangan perli. Tegur dengan perli dua benda yang berbeza. Kritik boleh, tapi biarlah depan-depan. Biar saya tahu kebenarannya dan dapat pencerahan. Kita bukan lagi budak umur belasan tahun. Dah matang sangat kan. Saya pun nak hidup aman dan tenang macam orang lain. Walaupun, bukan setiap masa kita boleh hidup aman damai.

Maaf ye, awak.
Kecewa. Saya juga, remaja akhir zaman.

Ok, hujung minggu dah nak balik kampung. Sesiapa yang kat Nilai, kat sini ada jual kain ela sutera batik tak? Bukan untuk bakal mak mertua. Bukan juga untuk kakak ipar. Tidak sama sekali untuk adik ipar.

Sekian.
Aku yang biarkan pena berbicara.


Be strong now, because it will get better. It may be stormy now, but it can't rain forever. Chewah...