:::note from ladybug:::

Wednesday 22 May 2013

Masalah.

Dan hari ni kenapa perasaan itu datang lagi. Sesungguhnya aku mahu jauh. Jauh dari perasaan itu. Tapi apa yang aku mahu lari itu, dialah yang akan datang dekat. Sungguh. Aku pun tak tahu. Tak tahu dengan keadaan sebenar. Serius. Aku benar-benar tak faham. Sejauh mana lagi aku bisa merangkak, bertatih, berjalan dan berlari. Aku pun tak tahu bila aku akan rebah dan siapa yang akan terus menyambut aku. Dan aku tak mungkin hadapi semua ni seorang diri. Bila diceritakan, tiada seorang mungkin yang akan faham kerana mereka tak menghadapinya. Biarlah aku dengan kisah aku. Ok, jangan nangis. Hari esok masih diberi pilihan.

Denyut-denyut je kepala nih. #headache.

Assalamualaikum.

Sorry for everything.

Monday 20 May 2013

Merajuk.

Merajuk dengan kakak. Hari ni cakap mahu telepon. Lame aku menanti. Tup-tup punyalah tunggu takda panggilan. Akhirnya aku yang mesej. Tapi mesej yang di reply menghambarkan. Kecewa. Tapi takpa. Aku seorang yang tak ada perasaan, hanya membiarkan ia berlalu pergi. Aku tahu yang hari ini dia keluar hospital. Mungkin penat. Ya, semua orang penat. Aku tahu akan itu. Kau orang semua pun faham kan. haha. Disebabkan itu, tetiba je aku rasa nak block no fon semua orang. Haha, bajet ramai je yang nak contact hang! haha. Hang jebat betul. Dikala mahu memblockkan no orang, maka sempat lagi aku mengacau ma tidur. Takda ghijonyer. Nasib baik ma melayan je. hehe. Thanks ma, tapi kesian jugak dekat ma. Ma lagiilah letih duk layan cucu.

Ngeh!!!. Sekian. Tak nak bercakap panjang. Hanya pendek, ringkas dan tepat. Bila dah panjang lebar mengarut jadinyer. Citer yang tak sepatutnya pula dijadikan citer. Biasalah kan penokok tambahan. 

Ha!!! Satu citer nih aku tak suka. Kawan diketepikan kerana kekasih diutamakan. Nih yang membuatkan aku berprasangka buruk. Haish. Sabar jela. Astaghfirullahulazim.

Bila la boleh tengok gambar baby ni. Lebih tenang daripada tengok muka dia. Bertenang khuzaimah!!! 



Segagah perkasa manapun seseorang itu, jikalau ada masalah dia akan merintihh jua. keeeee. 
Itulah lumrah alam mahupun kehidupan.

Sunday 19 May 2013

Detik itu.

Tahniah buat akak yang selamat melahirkan buah hati (puteri) pertama. Kata ma, dari semalam akak dah rasa sakit - sakit tapi Alhamdulillah akhirnya dalam pukul 4 petang baru selamat melahirkan di kala aku sedang nyenyak. Setengah jam after, baru tersedar ada mesej. Indahnya bila saat genting begitu, ibu menemani di sisi.

Jeng jeng jeng. Ha! Ni dia. Belum lagi gambar baby gegirl itu. *akan diupload kemudian.


Haha. Ni kakak dengan aku. Comel kang kitorang. Opps! terperasan. Alaa, semua makhluk Allah itu comel. Yang tengah nangis kakak aku. Selalu je nangis. Puas adik nih memujuk haa. Haha. Setiap benda kitorang akan kongsikan bersama. Takdalah sampai semua benda. Yang patut jela. Tapi bila dia dah berkeluarga, terpaksalah melayan diri seorang diri. Almaklumlah dia pun dah bersuami.

Minggu depan. Banyak hal yang menanti. Segalanya esaimen yang setia menanti dan segala presentation harus diselesaikan sebelum menjelangnya final ekzem. Genetics, microbiology, biochemistry, kostat, entrepreneur,  munakahat, dan akhlak. All the subjects. Please be nice to me. You all are my friends.

Dan sebenarnya... saya mahu pulang. Tak habes habes. Nak balik je ghijonyer. Memanglah. Sedang semua orang bergembira menyambut kelahiran baru meninggalkan saya seorang diri terkapai-kapai. Pulak. Haha.

K, bye.!!!!

Saya, yang tak bajet.