:::note from ladybug:::

Thursday 26 July 2012

Peribadi Kita Maruah Kita

Ramai umat manusia di muka bumi ini ingin melakukan kebaikan bila tiba je bulan Ramadan.

Tapi nafsu tiba-tiba membisik : ''nanti orang kata...alaaaar dia ni, bulan puasa je poyo buat baik, bulan lain tak pulak aku tengok."
Then, tetiba pulak (pula) tak jadi buat kebaikan seperti yang diniatkan sebab takut nanti ada pula yang perli dia. Itulah manusia. (Hmm..myself experienced this)

PESAN ULAMA' :
"Cuba ingat kisah pelacur yang hanya sekali memberi minum kepada anjing yang kelaparan.. pun masuk syurga.."

Mungkin dengan amalan yang sedikit kita kerjakan Allah meredhai kita dan memberi hidayah dan syurgaNya. Allah sahaja yang tahu apa yang termaktub dalam hati kita. Sekali lagi, Allah sahaja yang tahu.

Jadi, apabila hendak melakukan kebaikan, teruskan. Jangan hiraukan celaan manusia. Nak puaskan hati manusia memang susah. Jika tidak, bermakna kita telah tewas dengan nafsu sendiri.. Wallahu'alam.