:::note from ladybug:::

Friday 20 September 2013

Baro naeyo!!!

Assalamualaikum.

Sekian lama dah kot aku tak update blog. Sangat-sangat lama. Tetiba pulak malam ni rasa macam nak taip blog tapi dalam kepala tak tahu pulak dah nak taip apa. Haha. Ok, serius!

Berkenaan kos yang aku ambik sekarang, serius aku tak tahu yang aku dapat survive ke tak. Tahun 3, bayangkanlah dah kena prepare buat thesis for final year. Yelah, lagi setahun kot final year, mestilah sekarang dah kena prepare. Lainlah aku nih jenis yang buat kerja on the spot  terus siap dan kerja tu mantop. Memang tak perlu fikir dari sekaranglah. 

Bila fikir-fikir balik, pejam celik pejam celik kurang 2 tahun aku akan meninggalkan Usim tercinta. Tempat menimba ilmu aku. Memang aku akui, dulu memang aku tak berminat untuk masuk Usim, entah kenapa. Apa yang aku tahu adalah aku takda feel pun. Dulu, before dapat Usim,  dapat tawaran matrik Penang, apalagi. Sukalah weyh. Memang beriya-iya nak pergi. Niat di hati memang lepas dari SPM, nak lari dari Arabic. Lagipun, member-member ramai jugak ah yang dapat situ. Memang gembira yang amat lah. Tapi dalam masa terdekat tu, surat cinta dari USIM melayang terbang ke arah aku. Bila mak ayah dapat tahu, hm, terus dihantarnya aku di situ. Sedih tu tetap ada. 

Maka bermulalah perkenalan aku dengan USIM di alam Tamhidi. Ok, takpe. Untuk setahun awal, aku cuba mengadaptasikan diri dulu. Cuba menanam niat after tamhidi nak lari jugak dari Usim. Setahun aku duduk kat situ, eh, bila dikira balik tak cukup pun setahun kot. Bila menjelang study week untuk final exam tamhidi, aku kol ma. Ma cakap yang aku dapat tawaran SPA. Empunya hati tiada siapa yang tahu. Berbunga-bunga kau. Mata wink-wink rasa. Dahlah tawaran untuk MA ada jugak. Memang eksaitedla. Then, amat mengecewakan bila tarikh temuduga tu sehari lepas exam, agak tak sempatla. Nak prepare untuk interview bagai. Tak kan nak cincai2 je. Adoyai. Maka, terlepasla peluang keemasan aku. Sangat sangat sangat menyedihkan. Maka aku proceedkan jugak dengan final exam aku untuk tamhidi. Nak buat macam mana, bukan rezeki aku. Tapi, orang cakap, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Betol tak?

Dengan itu, selamatlah aku untuk meneruskan perjalanan di universiti di Nilai ini sehingga hari ini. Bila difikirkan balik, mungkin semua itu ada hikmahnya. Tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)


[credited to BERNAMA]


Bangkit kembali!!!

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita.

Sekian. Wassalam.

p/s: cerita yang panjang maka apabila diringkaskan menjadilah sebegitu rupa. 

1 comment:

  1. Takpe. Blajar je rajin2 :) mungkin ade hikmah nye...

    ReplyDelete